h1

REVOLUSI SIBER

May 5, 2008

read this somewhere…

REVOLUSI SIBER MELAYU

Ledakan maklumat di internet mengalami evolusi yang tidak pernah diimpikan melebihi dari potensi yang dijangka. Tiada pihak mampu menyekat perkembangan “exponential”nya , kita hanya mampu mengukur kedudukan samada kita setara atau ketinggalan. Kerajaan Barisan Nasional dalam pihanraya ke 12 tempoh hari yang pada mulanya angkuh tetapi kini terpaksa menerima hakikat pengaruh besar media siber ini. PIhak pembangkang yang berpaksikan media alternative ini berjaya mengambil kesempatan licik yang menyebabkan senario tuding menuding jari di antara parti komponen Barisan Nasional . Kepimpinan UMNO juga dipersoalkan dan walaupun pada hakikatnya UMNO lebih utuh dari 1999 – namun pengaruh siber ini telah menggoncang perpaduan di kalangan ahli UMNO.

KONTROVERSI

Namun demikian , sejak 8 Mac 2008 petualang alaf baru ini makin berani membicarakan isu isu yang selama ini dianggap sebagai sensitif.Media-media alternatif ini mempersoalkan secara terbuka Ketuanan melayu dan tanpa adab dan segan silu mempersoalkan tindak tanduk raja-raja melayu .Yang terbaru ; isu pertembungan agama dijadikan sandaran untuk kononnya perjuangan kebebasan hak manusia. Alam maya kini ternyata menjadi satu wadah yang makin lama makin disalahgunakan. Kenyataaan-kenyataan fitnah dan berbau perkauman dihamburkan dengan terbuka tanpa rasa tanggungjawab. Api perkauman secara tidak langsung ditiup kuat dan toleransi orang melayu ternyata dicabar. Prinsip Propaganda Joseph Goebbels ( Menteri Propaganda Jerman ( 1933 – 1945 ) pernah menyatakan , sekiranya sesuatu pembohongan itu diwar-warkan secara berterusan , nescaya ia akan menjadi benar dan dipercayai.

UMNO masih tidak mengerti impak yang dibawa ledakan internet ini. UMNO masih “kampong” dulu kini dan selamanya. Walaupun blog-blog pemimpin pusat UMNO tumbuh bagai cendawan ; strategi ini sudah lapuk dalam melawan arus yang tidak dikawal olehnya. Kita harus menginovasikan dan memodenkan pola perjuangan kita. Sebagai contohnya Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung 2 – 4 Mei 2008 , tidak menggunakan Internet sebagai wadah menghebahan berlangsungnya kongres itu. Walaupun ada video-video youtube yang ditayangkan ; tetapi ia sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak ada laman web khas yang memaparkan perjalanan kongres itu ; mahupun untuk memuat turunkan kertas-kertas kerja yang dibentangkan atau resolusi-resolusi yang diluluskan . Sekiranya kita betul-betul serius untuk mempertahankan hak dan maruah kita , kita perlu anjakan paradigma untuk berkongsi maklumat sebegini secara “total”. Kita perlu jadi LEBIH BERANI DAN LANTANG bukan hanya di hadapan orang-orang melayu tetapi seluruh RAKYAT MALAYSIA perlu disedarkan!

Mempertahankan hak kita sebagai orang melayu yang terpelihara mengikut Perlembagaan harus disusul dengan tindak tanduk kita sendiri.Sebagai orang yang mengaku dirinya sebagai bumiputera , kita mempunyai ruang dan kesempatan untuk menyatakan pendirian kita. Membuang masa sekiranya kita terus melaungkan .BERSATU..BERSATU.. kalau ia sekadar slogan di majlis forum dan kongres atau perbincangan taraf “kedai kopi” untuk mendapatkan tepuk sorak “syok sendiri”.

ANJAKAN PARADIGMA

Sebagai individu , kita seharusnya berasa bangga dengan siapa diri kita . Kita dianggap terlalu bertoleransi sekarang sehinggakan parti-parti komponen sendiri sudah “kaduk naik ke junjung”. Kita harus yakin dengan perjuangan nenek moyang kita yang bertungkus lumus memastikan kita tidak menjadi hamba di tanah tumpah darah sendiri. Buku-buku dan maklumat sejarah harus diteliti semula dan difahami secara mendalam ; agar kita yakin untuk menangkis segala tohmah dan fitnah yang cuba menghalang perkembangan kita sebagai bangsa yang berjaya. Kita harus berhujah secara fakta dan bukan sekadar emosi yang hanya memakan diri sahaja. Jangan biarkan racun yang ditabur mengaburi pemikiran generasi muda kita , bukan dikalangan orang melayu tetapi orang-orang cina , India , Iban , Kadazan dan sebagainya. Golongan muda ini sekiranya dibiarkan pemikirannya dicelarukan ; ternyata menghalang perpaduan dan toleransi yang kita junjung selama ini.

Di alam Siber , kita masih menjadi terlalu “melayu” yang penuh lemah gemalai dan ber sopan santun. Kita hanya menerima hiruk pikuk cercaan dan membiarkannya begitu sahaja penghinaan dipaparkan di laman-laman web. Orang melayu masih “malu-malu” dan disinilah sebenarnya gesaan Revolusi Mental Allahyarham Dato Senu Abdul Rahman perlu dipraktikkan. . Disini jugalah kita boleh jadi “kurang ajar” sebagaimana yang pernah ditekankan oleh Tan Sri Musa Hitam dahulu. Wadah siber merupakan satu ruang terbuka untuk kita bertarung ; dan biarlah pertarungan itu secara “offensive” ; yakni secara menyeluruh di semua blog-blog dan media alternative yang mencabar kita. Tunjukkan kebijaksanaan kita berhujah di atas pena bukan sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris , Cina, India dan sebagainya . Di sini juga , saya ingin menyeru agar pemimpin-pemimpin PEMUDA UMNO di AKAR UMBI untuk menunjukkan keikhlasan perjuangan anda . Melayu memerlukan anda untuk membuktikan mengapa anda mengetuai PEMUDA di peringkat cawangan dan bahagian ! Aktifkan diri di dalam alam SIBER dan pertahankan maruah kita secara sistematik dan berpengetahuan.Biar TAMING SARI SIBER menjadi lambang keperwiraan kita. Kita perlu menguasai informasi internet kerana penglibatan orang melayu di ruangan ini terlalu halus ; dan kerana itulah kita diperkotak katikkan. Usaha gabungan individu-individu sebenarnya lebih berkesan kerana yang menggerakkannya ialah kuasa rakyat.

Saya juga berharap agar pihak BIRO TATANEGARA menganjakkan modus operandinya di alam Siber ini. Penerangan di dalam kem-kem BTN di dalam hutan tebal sudah lapuk dan terbukti tidak berkesan. BTN perlu lebih proaktif untuk mewar-warkan informasi untuk semua dan bukan mereka-mereka yang terpilih sahaja. Kumpulan sasaran perlu lebih spesifik dan efektif. Penglibatan professional Melayu perlu diterapkan untuk meninggikan kredibiliti Biro. Tidak salah sekiranya pihak BTN sendiri aktif memberi komen di dalam media alternatif ; menangkis tohmah dengan membariskan fakta-fakta hujah untuk mematahkan tuduhan lawan. Biar orang ramai menyedari kehadiran BTN di alam Siber keran wadah ini yang menjadi punca rujukan maklumat.

PERJUANGAN MELAYU ALAF BARU

Penglibatan orang melayu secara aktif “online” masih belum mencukupi. Pengkhianat-pengkhianat negara yang cuba merosakkan paksi kenegaraan dengan fitnah-fitnah yang mengaburi rakyat sedang bermaharajalela. Kita cuba menafikan pengaruh alam Siber tetapi kita silap. Namun demikian , nasi belum menjadi bubur kerana pergerakan “offensive: secara menyeluruh sebegini masih boleh dilakukan. Sekiranya kita faham erti perjuangan , saya yakin kita akan sedar apa peranan kita. Penghinaan dan cercaan di alam siber sudah di tahap maksima , dan di titik inilah perjuangan melayu alaf baru sebenarnya bermula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: